01 August 2011

Lawatan ke kuala gandah...



















 
Pada 16 Julai 2011, PPKI SMKKG 2 telah mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang. Kami bertolak seawal pukul 8 pagi dan tiba pada pukul 10 pagi. Kami bersarapan dengan bertemankan bunyi-bunyian unggas yang begitu mengasyikkan. Setelah itu kami bergerak melihat gajah dan beberapa haiwan peliharaan yang terdapat di sini. Terdapat pertunjukan gajah dan murid-murid juga berpeluang memberi makanan kepada gajah ini. Selepas itu,kami melihat tempat peliharaan rusa yang juga terdapat pelbagai haiwan lain seperti beruang, burung-burung dan beberapa haiwan liar lain. Melalui program ini kami berharap agar murid-murid dapat mengenal haiwan dengan lebih dekat dan belajar mengenali alam sekeliling.

No comments: