03 August 2011

Kami mencanting batik dan bermain boling...














Pada 27 Julai 2011, Sek. Men Kota Gelanggi 2 telah mengikuti pertandingan boling peringkat daerah Jerantut dan juga mencanting batik di Kuantan. Ini merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid kami kerana dapat bermain boling dan mengcungkil bakat dalam mencanting batik...

Wajah ceria PPKI


                                                      yang ni namanya Apis


                                                      yang ni namanya Amirul

                                                     Yang ni namanya Daus...


                                                     yang ni namanya Nurul


                                                      yang ni namanya Edi


                                                       yang ni namanya Nizam

inilah wajah-wajah yang selalu menceriakan hidup kami setiap hari...doa kami sebagai guru agar mereka mampu berdikari dan boleh mengurus kehidupan mereka sendiri...aminnn...

02 August 2011

Terapi Renang di Felda Residence Tekam..

Pada 22 Jun 2011, murid-murid PPKI Sek Men Kota Gelanggi 2 mengadakan latihan terapi renang di Felda Residence Tekam. Latihan ini diadakan untuk membina keyakinan kepada murid-murid serta memberi pendedahan kepada mereka tentang alam sekeliling mereka. Berikut merupakan wajah keriangan mereka semua :





Sukan Murid-Murid PPKI Gelanggi 2

Antara aktiviti sukan yang murid kami lakukan :




Bermain badminton





Bermain woodball

01 August 2011

Lawatan ke kuala gandah...



















 
Pada 16 Julai 2011, PPKI SMKKG 2 telah mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang. Kami bertolak seawal pukul 8 pagi dan tiba pada pukul 10 pagi. Kami bersarapan dengan bertemankan bunyi-bunyian unggas yang begitu mengasyikkan. Setelah itu kami bergerak melihat gajah dan beberapa haiwan peliharaan yang terdapat di sini. Terdapat pertunjukan gajah dan murid-murid juga berpeluang memberi makanan kepada gajah ini. Selepas itu,kami melihat tempat peliharaan rusa yang juga terdapat pelbagai haiwan lain seperti beruang, burung-burung dan beberapa haiwan liar lain. Melalui program ini kami berharap agar murid-murid dapat mengenal haiwan dengan lebih dekat dan belajar mengenali alam sekeliling.